HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Rizab antarabangsa Malaysia RM117.6 bilion

-

Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan serta perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

0
Shares
Total Views: 1
bank negara
Bank Negara berkata komponen utama rizab antaranya mata wang asing (USD104.6 bilion), hak pengeluaran khas (USD5.9 bilion) dan emas (USD3.3 bilion).

KUALA LUMPUR:
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah USD117.6 bilion setakat 30 Okt lalu berbanding USD119.6 bilion pada 15 Okt.

Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara (BNM) dalam kenyataan.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (USD104.6 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (USD5.9 bilion), emas (USD3.3 bilion) dan aset rizab lain (USD2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM482.82 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.80 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM58.36 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.26 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.37 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM6.75 bilion), deposit lain (RM64.72 bilion), kertas Bank Negara (RM11.57 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.21 bilion)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.