
Ng yang juga exco pelaburan, perdagangan & mobiliti Selangor akan menggalas jawatan tersebut bagi penggal 2024-2027, menggantikan Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo, yang juga menteri digital.
Ng akan dibantu oleh Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau selaku timbalan.
Pemilihan kali ini menyaksikan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin meraih undi paling banyak iaitu 1,180 undi; diikuti bekas Adun Teratai Tiew Way Keng (1,115); Ng Sze Han (1,058); Adun Banting V Papparaidu (1,028); dan Ganabatirau (1,020).
Sementara itu, kerusi naib pengerusi diisi oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim, dan bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.
Yeo yang meraih undi tertinggi diangkat sebagai setiausaha, manakala Tiew pula sebagai setiausaha organisasi.
Adun Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menjadi bendahari, manakala Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki pula menjadi setiausaha publisiti.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram