HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pokok hiasan RM2.5 juta dirampas, 2 pemandu lori ditahan

-

Dua lelaki ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am dalam serbuan di Kampung Lubok Stol dan Kampung Kubang Rambutan pada malam Sabtu lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
PGA merampas pelbagai jenis pokok hiasan bernilai RM2.5 juta di dua lokasi berasingan di Rantau Panjang kelmarin. (Gambar PGA)

PETALING JAYA:
Pelbagai jenis pokok hiasan yang keseluruhannya bernilai lebih RM2.5 juta dirampas di Rantau Panjang kelmarin.

Dua lelaki tempatan turut ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan pada 8 dan 9.45 malam Sabtu lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata tanaman hiasan Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis tanpa dokumen sah dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam sebuah lori mencurigakan di Kampung Kubang Rambutan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman itu ke pasaran tempatan turut ditahan,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah nilai rampasan itu dianggarkan berjumlah RM510,000.

Dalam serbuan kedua di Kampung Lubok Stol, beliau berkata, pelbagai jenis orkid dan Bromeliad dipercayai diseludup dari Thailand dirampas daripada sebuah lori, dengan nilai rampasan berjumlah RM2 juta dan seorang pemandu lori berusia 36 tahun ditahan.

Menurutnya, dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.