
Mangsa berusia 34 tahun itu dikatakan mengalami sawan sebelum kejadian berkenaan.
Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima laporan pada 4.01 petang berhubung kejadian seorang lelaki dikatakan tidak sedarkan diri.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami sawan dan kepalanya tersembam ke dalam tong berisi air di bilik air rumahnya.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat lebih kurang 6 petang untuk bedah siasat,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah lemas.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi Balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau IPD Tumpat 09-7257222.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram