HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mahkamah Rayuan kurang denda syarikat Pasir Gudang kepada RM480,000

-

Mahkamah Tinggi Johor Bahru menaikkan denda kepada RM640,000 susulan rayuan pendakwaan.

0
Shares
Total Views: 1
sungai kim kim
Insiden pencemaran Pasir Gudang pada Mac 2019 menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang dan menyebabkan 111 sekolah ditutup. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan mengurangkan denda ke atas sebuah syarikat bertanggungjawab menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang pada 2019.

Panel tiga hakim dipengerusikan Mariana Yahya membenarkan rayuan P Tech Resources mengurangkan denda daripada RM80,000 kepada RM60,000 bagi setiap pertuduhan.

Syarikat itu menghadapi lapan pertuduhan bagi insiden Mac 2019 yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang dan memaksa penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang.

Turut bersidang mendengar rayuan terakhir itu ialah Hakim Zaini Mazlan dan Noorin Badaruddin.

Pada awal prosiding hari ini, peguam syarikat, G Subramaniam Nair, berkata representasi dihantar ke Jabatan Peguam Negara Ogos lalu diterima.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Shahriman Tun Lah mengesahkan perkara itu.

Pada November 2023, Mahkamah Sesyen Johor Bahru mendenda P Tech Resources RM40,000 bagi setiap pertuduhan atas pencemaran di Pasir Gudang.

Jun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menaikkan denda kepada RM80,000 bagi setiap pertuduhan susulan rayuan pendakwaan.

Wakil syarikat itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas lapan pertuduhan bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Denda maksimum ialah RM100,000 setiap pertuduhan.

Subramaniam yang dibantu S Devika memberitahu wartawan, baki wang denda akan dikembalikan kepada syarikat terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.