
Jurucakap kerajaan perpaduan berkata, Nurul Izzah diundang selepas isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail tidak dapat memenuhi undangan
“Saya telah dapat pengesahan daripada ketua setiausaha akhbar perdana menteri, Izzah dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Mohd Faiz Abdullah dijemput oleh penganjur.
“Izzah dijemput antara lain kerana Wan Azizah tidak ikuti rombongan ini. Beliau dijemput sebagai pengarah Social and Economic Research Initiative (Seri),” katanya tanpa mengulas lanjut tentang sumbangan Nurul Izzah dalam lawatan itu.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Kementerian Komunikasi apabila ditanya berhubung hantaran di media sosial menunjukkan Nurul Izzah hadir bersama delegasi Anwar ke luar negara.
Semalam, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilapor mempersoalkan kos perjalanan Nurul Izzah yang dilihat turut berada dalam acara-acara Anwar dalam lawatan rasmi ke luar negara baru-baru ini.
Wan Fayhsal bertanya sama ada keberadaan Izzah yang mewakili badan bukan kerajaan dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya.
Sementara itu, Fahmi menjelaskan kos penerbangan sewaan khas pesawat MAS bagi lawatan rasmi ke luar negara adalah sebanyak RM6.162 juta, namun kerajaan hanya membiayai RM1.662 juta atau 27% daripada kos keseluruhan untuk delegasi kerajaan.
Katanya, kos selebihnya dibiayai delegasi perniagaan.
“Jadi penting jelas kerajaan membayar untuk penerbangan perdana menteri. (Beliau) tidak dibiayai mana-mana syarikat tetapi ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram