HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kumpulan mahu bincang kubur Muslim di tapak pengebumian 13 Mei

-

Tapak di Sungai Buloh itu menempatkan 102 batu nisan yang baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tapak perkuburan mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Sungai Buloh majoritinya terdiri daripada mangsa kaum Cina. Terdapat juga dua kubur orang Islam di situ.

PETALING JAYA:
Sebuah persatuan masyarakat mohon diadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melibatkan dua kubur orang Islam di kawasan perkuburan mangsa 13 Mei di Sungai Buloh, yang mana baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim.

Kumpulan itu, Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menggazet kawasan itu, apabila tidak dilakukan sebarang dialog atau penglibatan awam, sambil menekankan kurangnya tatakelola.

Pihak sekretariat juga bimbang NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) diberi hak menguruskan perkuburan itu, mengambil kira ada sejumlah kubur orang Islam di kawasan itu.

Semalam, Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata pihaknya bercadang bertemu pegawai tanah bagi menjelaskan perkara itu kerana permohonan kumpulan berkenaan untuk menguruskan tanah perkuburan itu tidak termasuk sebarang rujukan kepada agama.

Hari ini, People’s Reform Movement juga, berkata mereka ingin mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan di Gombak bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata: “Tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta kerajaan Selangor tidak menggambarkan pelaksanaan mekanisme, proses dan penglibatan awam yang membolehkan komuniti terjejas untuk mempertahankan hak mereka dengan jelas, sah, dan kepentingan mengurangkan jurang antara pihak berkuasa dengan orang awam.”

Kumpulan itu melibatkan Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia, Gerakan Pengundi Sedar, dan Concerned Lawyers for Justice.

Pada 22 Nov, Selangor memberi hak kepada Pesawa menguruskan kawasan perkuburan di atas bukit, di belakang Hospital Sungai Buloh. Ia menempatkan 102 batu nisan, majoritinya menyemadikan orang Cina yang menjadi mangsa rusuhan kaum.

Kerajaan Selangor mengazet kawasan itu sebagai kawasan perkuburan bukan Muslim, pada 5 Sept.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.