
Majistret Amira Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nor Fitri Abdullah, 29, dan Tan Kok Kim, 27, serta memerintahkan kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 2 Dis.
Mereka didakwa mencuri beberapa jenis makanan di dalam bangunan sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang pada 4.11 petang.
Dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda.
Mengikut fakta kes pada hari kejadian, Nor Fitri dan Tan telah mengambil makanan di kedai berkenaan keseluruhan berharga RM61.60 tanpa membuat bayaran.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ravindejit Kaur manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Siti Summaiyah Ahmad Jaafar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu, Ravindejit memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun Siti Summaiyah merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan menanggung keluarga.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram