
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, berkata, sejumlah lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat 8 pagi ini.
Antara PPS terawal dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh, sekitar 10 malam tadi.
Selain itu, PPS lain ialah Balai JPKK Beris Nenas, Balairaya Kampung Gelugor, SK Pengkalan Rangon, SK Kemasik, Dewan Sivik Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Balairaya Kampung Meraga Beris dan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol.
Pada 19 Nov, Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir dalam gelombang pertama bencana itu.
Pada 3 Dis, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan Pantai Timur dijangka mengalami gelombang kedua banjir kesan luruan monsun bermula 8 hingga 14 Dis berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan.
Dalam pada itu, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, keseluruhannya 1,397 mangsa di enam negeri sedang berlindung di 28 PPS, setakat 8.37 pagi ini.
Selain Terengganu, negeri lain terkesan melibatkan Negeri Sembilan 238 mangsa; Johor (166); Perak (112); Pahang (49); dan Melaka (11).
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram