HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Bekas akauntan didakwa pecah amanah lebih RM200,000

-

Siti Nur Aisyah Ismail, 33, didakwa melakukan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24 tahun lepas.

0
Shares
Total Views: 1
kl high court
Bekas akauntan, Siti Nur Aisyah Ismail, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24.

KUALA LUMPUR:
Seorang bekas akauntan syarikat pengeluar pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24 tahun lepas.

Siti Nur Aisyah Ismail, 33, didakwa melakukan kegiatan itu dengan memindahkan wang terbabit ke dalam akaun bank miliknya untuk kegunaan peribadi di sebuah premis di Jalan Chempenai, Bukit Damansara di sini antara 19 Jan 2023 hingga 12 Mac 2024.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimun setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Mariana Osman yang mewakili Siti Nur Aisyah memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak bekerja.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Jan tahun depan untuk sebutan kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.