Bekas ketua menteri Sabah itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun, lapor Bernama.
Musa, 73, yang juga bekas Adun Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan, Juhar Mahiruddin.
Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Dis selepas memegang jawatan itu sejak 2011.
Musa menjadi ketua menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram