HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

JPA nafi arah penjawat awam wajib miliki BMI seimbang tahun depan

-

Jabatan itu sangkal kenyataan dibuat Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata walaupun pihaknya galak pegawai awam memiliki BMI seimbang, namun belum sampai ke tahap diwajibkan. (Gambar AFP)

PUTRAJAYA:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan mewajibkan semua pegawai awam memiliki indeks jisim badan (BMI) seimbang.

JPA menafikan kenyataan dikeluarkan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis, berkaitan “JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan”.

“JPA menggalakkan semua pegawai awam untuk melaksanakan saringan kesihatan kendiri termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS),” menurut kenyataan JPA.

Menurutnya, inisiatif ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 mengenai Perisytiharan Rekod Kesihatan bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat, dikeluarkan pada 6 Sept 2022.

“JPA tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau arahan untuk mewajibkan semua pegawai awam memiliki BMI yang seimbang.”

Namun, JPA kekal komited bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha menangani isu obesiti dalam kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.

JPA juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan melibatkan mereka, perlu mendapatkan kebenaran rasmi, selain turut meminta agar jabatan itu tidak dijadikan rujukan tanpa pengesahan fakta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.