
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Lilis Saslinda Pornomo, pengarah dan syarikat itu membuat pengakuan itu atas dakwaan mengikut Seksyen 8(4)(B) Akta Kawalan Bekalan 1961, lapor Sinar Harian.
Katanya, kesalahan dikesan ketika pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa KPDN cawangan Batu Pahat susulan audit hasil minyak masak peket di sebuah premis di Tongkang Pechah di sini, pada 10.30 pagi, 22 November tahun lalu.
“Tertuduh telah didakwa di mahkamah kerana telah menimbulkan syak munasabah bahawa ianya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memberi maklumat palsu semasa mengemukakan maklumat penjualan minyak masak.
“Seorang lelaki tempatan yang merupakan pengarah syarikat pembungkus minyak masak peket dikenakan denda RM90,000 dan sembilan bulan penjara jika gagal membayar denda manakala syarikatnya pula didenda RM150,000.
“Hakim Tuan Osman Affendi Mohd Shalleh turut memutuskan agar kesemua hasil jualan minyak masak yang berjumlah RM62,000 dilucut hak dan dijadikan hasil kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KPDN Johor menegaskan akan bertindak dengan cekap dan pantas serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan demi kepentingan rakyat.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram