HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tengku Zafrul buat rakyat tertanya ‘apa kurangnya Umno’

-

Penganalisis berkata imej Umno sedikit-sebanyak akan tercalar oleh tindakan Tengku Zafrul Aziz jika benar beliau menyertai PKR.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tengku Zafrul Aziz meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu.

PETALING JAYA:
Spekulasi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz akan menyertai PKR hanya menimbulkan tanda tanya kepada rakyat ‘apa kurangnya Umno’ berbanding parti pimpinan Anwar Ibrahim, kata penganalisis.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpandangan, imej Umno sedikit-sebanyak akan tercalar oleh tindakan Tengku Zafrul jika benar beliau menyertai PKR, iaitu rakan komponen parti itu dalam kerajaan perpaduan.

“Penghijrahan Tengku Zafrul tidak akan menjejaskan Umno kerana beliau tidak mewakili akar umbi, tetapi imej Umno akan tetap terjejas sebab orang awam akan bertanya apa kekurangan Umno yang PKR ada,” katanya kepada FMT.

Free Malaysia Today
Syaza Shukri.

Bagaimanapun, Syaza berkata ura-ura penghijrahan Tengku Zafrul tidak akan menjejaskan penambahan ahli Umno kerana beliau bukan ‘orang kuat’ parti.

Terdahulu, FMT memetik sumber berkata tindakan Tengku Zafrul mungkin terdorong untuk mengintai masa depan bersama PKR disebabkan hubungan tegang dengan ‘panglima-panglima’ dalam Umno, berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti.

Karier politik Tengku Zafrul menyaksikan beliau meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu.

Malah, pada 4 Ogos lalu beliau yang juga ketua bahagian Kota Raja meminta supaya Umno diberikan satu kerusi bawah Parlimen itu, yang kemudian ditegur oleh Amanah bahawa pembahagian perlu dalam rundingan antara gabungan.

Lau Zhe Wei
Lau Zhe Wei.

Sementara itu, Lau Zhe Wei juga dari UIAM berkata, Tengku Zafrul tidak akan mengambil tindakan drastik jika tidak ada perkara besar mendorongnya berbuat demikian.

“Namun, saya lebih tertarik dengan kedudukan parti komponen kerajaan perpaduan. Kalau Tengku Zafrul masuk PKR, bagaimana PKR nak jelaskan kepada Umno.

“Adakah berbaloi demi seorang pemimpin jejaskan hubungan antara parti,” soalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.