HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada layanan kayangan bila sertai politik, kata pemimpin Umno

-

Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata mana-mana individu menyertai parti politik perlu berjiwa rakyat dan sedia diserang dari pelbagai arah.

0
Shares
Total Views: 1
puad
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata tidak kira apa gelaran dimiliki seseorang, tiada layanan kayangan akan diberikan kepada mereka yang menyertai parti politik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Tiada layanan istimewa kepada mana-mana individu, termasuk kerabat diraja apabila menyertai sesebuah parti politik, kata seorang pemimpin Umno.

Mengambil contoh Tunku Abdul Rahman sebagai presiden kedua Umno, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, berkata ia menunjukkan Umno dan istana berpisah tiada.

Abdul Rahman, perdana menteri pertama yang dikenang sebagai bapa kemerdekaan, lahir di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah.

Beliau anak lelaki ketujuh kepada Sultan Kedah ke-24, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

“Dia memimpin Umno sebagai orang biasa demi rakyat,” kata Puad merujuk Abdul Rahman.

“Oleh itu, apa pun gelaran seseorang, baik Tunku, Tengku, Habib, Maha Guru, Tuan Guru, Sheikh atau ustaz, dia tetap sama bila menyertai parti politik. Tidak ada layanan kayangan,” katanya di Facebook.

Kelmarin, FMT melaporkan Ahli MKT, Tengku Zafrul Aziz mungkin terdorong mengintai masa depan dengan PKR disebabkan hubungan tegang dengan “panglima-panglima” dalam Umno.

Perkara ini tersingkap di sebalik spekulasi mendakwa Tengku Zafrul merancang meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Ahad lalu, Tengku Zafrul mengesahkan ada perbincangan dengan PKR untuk menyertai parti itu, namun belum ada keputusan dibuat.

Puad berkata, di sebalik gelaran disandang seseorang, individu itu perlu “survive” untuk mendapatkan sokongan akar umbi dan sedia diserang dari pelbagai arah.

“Duit bukan lagi segala-galanya. Kena tahan lasak dan bersedia diserang kiri dan kanan. Itu bukan politik ekstrem.

“Itu bukan alasan untuk melompat parti mencari tempat lebih empuk. Kena pandai menyesuaikan diri, tapi tidak perlu berlebihan.

“Sebab itu tidak sama parti politik dan korporat. Perlu berjiwa rakyat. Makan di warung bukan lagi di bar atau bilik eksklusif,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.