HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pendakwaan beberapa kes terburu-buru, cacat, kata PM

-

Anwar Ibrahim berkata, kes berkenaan bermotif politik dilakukan mereka yang berkuasa ketika itu.

0
Shares
Total Views: 1
anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi penafian apa jua pembabitan dalam kes pengubahan wang Rosmah Mansor.

PETALING JAYA:
Pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU 2018 adalah cacat memandangkan ia dibuat terburu-buru, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mengulas pembebasan Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang, Anwar berkata, kes  tuduhan bermula sekitar tempoh itu digambarkan dibuat ‘penuh racun dan permusuhan’.

Beliau terus menegaskan beliau tidak terbabit dalam mana-mana kes Rosmah, sepertimana dilaporkan semalam.

“(Kes dituduh disertai) dendam politik daripada pihak yang berkuasa ketika itu,” katanya.

“Biarkan proses berjalan. Sebagai perdana menteri, saya mesti berjaga-jaga dengan apa yang saya katakan. Biarkan mahkamah tentukan. Saya ada pandangan sendiri, tetapi saya tidak boleh campur tangan.”

Pada Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan pengubahan wang melibatkan RM7,097,750, dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perdana menteri ketika itu adalah Dr Mahathir Mohamad, yang dilantik pada 10 Mei 2018.

Pada Khamis, keputusan Rosmah dilepas dan dibebaskan mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk NGO menyeru Anwar supaya menetapkan garis masa jelas bagi memisahkan fungsi pendakwa raya daripada Pejabat Peguam Negara. Mereka juga mendakwa tempoh khidmat peguam negara dipengaruhi perdana menteri.

Pihak pendakwaan tangkas memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi merayu keputusan pembebasan isteri kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Seorang pemimpin kanan DAP juga menggesa Pakatan Harapan (PH) memberi penjelasan asas pembebasan Rosmah daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Katanya, keputusan itu jika dibiarkan tanpa penjelasan akan menjejaskan agenda reformis PH dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap komitmen kerajaan dalam keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.