HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis kesan akaun TikTok guna suara, video pakar perubatan guna AI

-

Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata akaun “Malaysia Shopping Mall” dikesan berbuat demikian bagi mempromosikan produk kesihatan.

0
Shares
Total Views: 1
DATUK SERI RAMLI MOHAMED YOOSUF
Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan di media sosial, kata Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.

Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata akaun “Malaysia Shopping Mall” didapati mempromosikan produk perubatan menggunakan suara dan video Prof Dr Noordin Darus tanpa kebenaran.

“Penggunaan suara dan video ini bagaimanapun telah dilakukan tanpa kebenaran pakar perubatan tersebut dan dipercayai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“JSJK Bukit Aman mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan di media sosial,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata kecanggihan teknologi AI dilihat menjadi pencetus kepada kewujudan iklan yang memaparkan suara, wajah serta video individu ternama tanpa kebenaran dengan tujuan mengelirukan pembeli.

Ramli turut menasihati masyarakat sentiasa berhati-hati terhadap promosi produk kesihatan mencurigakan serta tidak jelas sumbernya, kerana dikhuatiri produk palsu dan boleh mendatangkan mudarat kepada penggunanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.