HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Bayi jatuh katil di hospital, bapa buat repot kedua

-

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata laporan kali ini lebih kepada tindakan sivil ke atas pengurusan sebuah hospital.

0
Shares
Total Views: 1
syarifuddin manan
Muhammad Syarifuddin Manan menunjukkan gambar keadaan bayi perempuannya yang didakwa terjatuh dari katil bayi ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU:
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang bapa yang mendakwa bayi perempuannya terjatuh dari katil bayi ketika baru berusia dua hari, bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata laporan kali kedua itu diterima pihaknya tengah hari tadi daripada Muhammad Syarifuddin Manan.

“Memang hari ini ada terima laporan daripada bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya.

“Laporan kali ini lebih kepada tindakan sivil ke atas pengurusan sebuah hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pada 17 Nov itu, Syarifuddin, 24, mendakwa bayinya terjatuh ketika proses bagi mendapatkan rawatan jaundis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.