HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Telegram, Tencent mula proses pelesenan operasi di Malaysia

-

Kedua-dua platform itu dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat, kata SKMM.

4
Shares
Total Views: 1
telegram
SKMM menyeru semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi syarat pelesenan agar segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Dis ini. (Gambar Pexels)

PUTRAJAYA:
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Suruhanjaya itu memaklumkan, kedua-dua penyedia perkhidmatan pesanan Internet itu dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.

“SKMM memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.

Suruhanjaya itu turut menyeru semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar segera mengemukakan permohonan sebelum tarikh akhir pada 31 Dis ini.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil, katanya.

“SKMM juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancer.”

Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Jan depan itu bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

Selain itu, rakyat Malaysia juga mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.