HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lebih 13 juta kunjungi Melaka hingga November

-

Daripada jumlah itu sebanyak 10,249,895 orang atau 75.46% pelancong domestik manakala 3,334,147 atau 24.54% pelancong asing.

0
Shares
Total Views: 680
Free Malaysia Today
Jumlah pelancong mengunjungi Melaka hingga November mencatatkan peningkatan sebanyak 6,115,813 orang atau 81.89% berbanding tempoh sama tahun lalu.

MELAKA:
Sebanyak 13,584,042 pengunjung dan pelancong direkodkan memasuki Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) hingga November lalu, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 6,115,813 orang atau 81.89% berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 10,249,895 orang atau 75.46% adalah pelancong domestik, manakala 3,334,147 orang atau 24.54% adalah pelancong asing.

“Pelancong domestik didominasi oleh mereka dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Sementara itu, pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Vietnam merupakan pelancong asing teramai yang datang ke Melaka sepanjang TMM2024,” katanya pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) mengenai jumlah kemasukan pelancong secara keseluruhan sepanjang penganjuran TMM2024 setakat ini.

Razak berkata, anggaran keuntungan atau pendapatan (tourism receipts) yang diterima kerajaan negeri sempena penganjuran TMM2024 pula sebanyak RM12.68 bilion.

Beliau berkata, ia merangkumi purata perbelanjaan pelancong sebanyak RM544.66 seorang bagi sehari.

“Perbelanjaan pelancong ini merangkumi penginapan, pengangkutan, makan dan minum, insurans, membeli-belah, hiburan, lawatan yang diaturkan dan sebagainya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.