HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Transaksi RM11.7 bilion disasar sempena Tahun Melawat Selangor 2025

-

Exco Selangor berkata ia boleh dicapai mengambil kira persiapan rapi dari segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Exco Selangor Ng Suee Lim dalam majlis penyampaian bantuan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kumpulan ISP, Nourish With Hope, ISP Cares! (Gambar Bernama)

SUNGAI BESAR:
Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim.

Beliau berkata, ia boleh dicapai mengambil kira persiapan rapi dari segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan sekali gus mampu menerima kehadiran lapan juta pelancong sebagaimana sasaran.

“Dari segi projek berkait infra pelancongan, kita telah pastikan semuanya dilaksanakan sejak tahun lepas dan saya nampak pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penggiat industri juga telah siap sedia untuk menerima seramai mungkin kehadiran pelancong ke negeri ini.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak seperti Adun, Ahli Parlimen, PBT, agensi pelancongan dan sebagainya kita akan terus hebahkan dan seterusnya capai atau melebihi sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan ISP, Nourish With Hope, ISP Cares!

Mengenai CSR itu, Ng berkata ia dilaksanakan Kumpulan ISP yang akan berlangsung hingga 2026, antara lain melibatkan pemberian beg makanan kepada 30 keluarga kurang berkemampuan.

Program membantu 120 keluarga melalui baucar barangan runcit sebanyak RM300 secara bulanan pula membabitkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM216,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.