HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Adakah pengampunan Anwar pada 2018 dibawa ke lembaga, soal Akmal

-

AGC hari ini menegaskan bahawa permohonan pengampunan mana-mana banduan mesti dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

0
Shares
Total Views: 1
anwar ibrahim
Beberapa hari selepas PRU14 pada 2018, Anwar Ibrahim menerima pengampunan penuh dan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mempersoalkan sama ada pengampunan diraja Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 2018 dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

Menurut Akmal, ketika Anwar menerima pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, belum membentuk Jemaah Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU 2018.

“Sekadar pertanyaan kepada peguam negara, ketika Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, ada ke dibawa ke Lembaga Pengampunan?” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Beberapa hari selepas PRU14, Anwar menerima pengampunan penuh dan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun. Beliau kemudian memberitahu Parlimen bahawa pengampunan itu diberikan atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Akmal Saleh
Akmal Saleh.

Akmal bertanya sedemikian merujuk kenyataan media Jabatan Peguam Negara hari ini memaklumkan permohonan pengampunan mana-mana banduan yang melakukan kesalahan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mestilah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Menurut Jabatan Peguam Negara lagi, cadangan untuk mana-mana banduan, termasuk bekas perdana Menteri Najib Razak untuk menghabiskan baki tempoh hukuman dengan tahanan di rumah, hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh lembaga dipengerusikan oleh Agong itu.

Tambahnya, keputusan Agong atas nasihat lembaga itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang untuk mengelakkan ia dicabar di mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.