HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Gagal lolos meragut, suspek maut di pintu pagar kem PGA

-

Suspek cuba melarikan diri lalu merempuh pagar besi Briged PGA Batu Kawa, Kuching.

0
Shares
Total Views: 1
pagar besi
Pagar besi kem Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) tumbang akibat dirempuh motosikal dinaiki suspek peragut. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dalam cubaan melarikan diri selepas meragut sepasang suami isteri di Jalan Field Force, Batu Kawa, Kuching, tengah hari tadi.

Ketua Polis Padawan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata dalam kejadian sekitar 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 32 tahun meragut beg tangan wanita yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak.

“Suspek bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa Kuching,” katanya dalam kenyataan.

Irwan berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan suspek telah meninggal dunia akibat kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.