HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kapten Burnley, Josh Brownhill nafi beliau warga Malaysia

-

Pemain tengah kelab liga EFL di England itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.

6
Shares
Total Views: 678
Free Malaysia Today
Sebelum ini tular khabar angin mengenai kewarganegaraan kapten Burnley, Josh Brownhill (kanan) dan ada peminat membuat spekulasi beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Kapten kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia.

Menerusi catatan di Instagramnya, pemain tengah berusia 29 tahun yang menjadi pemain utama Burnley sejak 2020 itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.

“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris, dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan. Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram.

Kenyataan Brownhill itu susulan kemunculan banyak spekulasi mengenainya di media sosial, dengan beberapa peminat tersalah anggap, dan menyangka beliau mempunyai hubungan dengan Malaysia, yang membawa kepada spekulasi bahawa beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya.

Beliau yang merupakan bekas pemain Bristol City FC, mengucapkan terima kasih terhadap sokongan berterusan peminat.

Pemain tengah pasukan The Clarets itu terkenal dengan kualiti kepimpinannya di dalam dan di luar padang.

Terdahulu pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail yang terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, berkongsi perbualan dengan pemain bola sepak itu menerusi pesanan langsung Instagram, meminta Brownhill membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.