HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lebih 200 bas bawa penyokong ke himpunan Najib, kata Nazifuddin

-

Nazifuddin Najib berkata himpunan di Istana Kehakiman pada 6 Jan ini menyatukan PAS, Umno dan Bersatu demi memperjuangkan kebebasan Najib.

15
Shares
Total Views: 4,041
Free Malaysia Today
Nazifuddin, Nizar Najib dan penyokong Najib Razak di perhimpunan penyokong bekas perdana menteri itu di Pusat Konvensyen Melawati di Ampang, malam tadi.

AMPANG:
Lebih 200 bas akan membawa penyokong Najib Razak ke perhimpunan pada 6 Jan ini bagi menyatakan solidariti kepada bekas perdana menteri itu, kata anaknya Nazifuddin.

Nazifuddin, yang juga ketua Umno Langkawi berkata, penyokong itu terdiri daripada rakyat Malaysia yang menghormati Najib atas sumbangan besar beliau sepanjang sembilan tahun menjadi perdana menteri.

Katanya, ramai rakyat kini merindui Najib.

Berucap dalam satu perhimpunan penyokong Najib di Pusat Konvensyen Melawati malam tadi, Nazifuddin penyokong dari PAS, Umno dan Bersatu akan turun bersama-sama demi membebaskan Najib.

“Saya diberitahu sebanyak 118 bas penyokong Umno dan 100 bas penyokong PAS akan hadir. Jadi hadir (ke Istana Kehakiman, Putrajaya) pada 6 Jan ini untuk melihat individu yang kita sayangi dan menyokong Najib,” katanya.

Nazifuddin berkata penyokong Najib ada deficit kepercayaan terhadap kerajaan perpaduan kerana kurangnya keadilan untuk bekas presiden Umno itu.

Perhimpunan itu diadakan pada hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah addendum tahanan rumah yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini menjalani hukuman penjara enam tahun, selepas lembaga pengampunan mengurangkan hukuman asal 12 tahun, susulan sabitan kes SRC International.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.