
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata alasan tersebut dianggap tidak munasabah, kerana pelbagai kenyataan telah dikeluarkan pihak berwajib berkaitan perbuatan itu yang diklasifikasikan sebagai jenayah keganasan.
“Pihak polis akan terus mengenal pasti individu yang terlibat dalam aktiviti ini, termasuk memiliki atau mempromosikan bahan-bahan lucah.
“Operasi yang dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini juga akan terus digiatkan bagi mengesan saki baki individu yang dipercayai terlibat (CSAM),” katanya menurut Bernama selepas merasmikan penutupan Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis 2024 di Empangan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Pada 23 Dis, Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan 13 lelaki ditahan secara berasingan di enam negeri disyaki memiliki CSAM dalam talian dengan semua suspek berusia 20 hingga 74 tahun diberkas di 18 buah premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Terengganu.
Ayob Khan berkata, pihaknya juga tidak menolak perbuatan keji itu tidak hanya berlaku di enam negeri tersebut, sebaliknya melibatkan seluruh negara.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram