HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Biar orang baru pulih imej Kepala Batas’, Siti Mastura digesa letak jawatan

-

Ketua Pemuda Amanah Kepala Batas berkata tindakan Ahli Parlimen PAS mencemarkan imej kawasan itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Pemuda Kepala Batas Abrar Sadiq Azizi berkata fitnah disebarkan Siti Mastura Muhammad mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kepimpinan dan keharmonian masyarakat.

PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Amanah menggesa Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad segera meletakkan jawatan susulan kalah kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.

Ketua Pemuda Kepala Batas, Abrar Sadiq Azizi, berkata tindakan memfitnah itu memalukan dan mencemarkan imej kawasan tersebut yang selama ini terkenal dengan prinsip kesederhanaan, ketelusan dan amanah.

“Fitnah yang disebarkan Siti Mastura bukan sahaja menjejaskan integriti peribadi beliau sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan doktor falsafah (PhD), tetapi juga mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kepimpinan dan keharmonian masyarakat.

“Kami menuntut peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin baharu melalui pelaksanaan PRK bagi memulihkan reputasi Parlimen Kepala Batas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, tindakan memohon derma atas nama ‘jihad’ turut memperlihatkan PAS sebagai ‘parti yang menghalalkan fitnah’.

Pada 4 Dis lalu, Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah difailkan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok berhubung ucapannya yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Mahkamah Tinggi George Town mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin DAP tersebut iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok.

Siti Mastura juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang untuk ketiga-tiga plaintif.

Kit Siang dan Guan Eng, yang juga pengerusi DAP memfailkan saman di Mahkamah Tinggi pada November tahun lalu terhadap Siti Mastura kerana dakwaan mereka mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng dan bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.