HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Terlanggar bateri tengah jalan, kereta mewah musnah terbakar

-

Pemandu Mercedes C200 itu berjaya menyelamatkan diri setelah sempat memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

0
Shares
Total Views: 1
kereta terbakar di jambatan kedua pulau pinang penang
Sebuah kereta mewah musnah terbakar di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang, hari ini, dipercayai selepas terlanggar bateri kenderaan di tengah jalan.

PETALING JAYA:
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta mewah yang dipandunya musnah dalam kebakaran setelah terlanggar sebuah bateri kenderaan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang, hari ini.

Pemandu Mercedes C200 itu berjaya menyelamatkan diri setelah sempat memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dalam kejadian kira-kira 3.18 petang itu, lapor Bernama.

Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam berkata, panggilan kecemasan dibuat pada kira-kira 3.30 petang tadi memaklumkan berlakunya kebakaran sebuah kereta di KM18 jambatan itu.

“Kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada (kenderaan) melanggar bateri tengah jalan,” katanya menambah, kebakaran tersebut berjaya dipadam dengan bantuan pihak bomba.

Sazalee berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan dari Batu Kawan ke Batu Maung.

Sementara itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Pulau Pinang, susulan menerima panggilan kecemasan, jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dibantu BBP Batu Kawan segera ke lokasi kejadian.

“Kereta itu musnah lebih 80% dan kerja-kerja pembersihan diselesaikan dalam masa setengah jam. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.