HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Timbalan ketua keluar parti tak jejas Bersatu Sabah hadapi PRN

-

Setiausaha Bersatu Sabah Yunus Nurdin berkata Aksyah Nasrah tidak mempunyai kekuatan serta sokongan akar umbi di peringkat bahagian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Timbalan Ketua Bersatu Sabah Aksyah Nasrah mengumumkan keluar parti dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Persediaan Bersatu Sabah menghadapi PRN tidak akan terjejas dengan tindakan Timbalan Ketua Aksyah Nasrah keluar parti dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin, berkata tindakan Aksyah juga tidak menggugat parti kerana beliau tidak mempunyai kekuatan serta sokongan akar umbi di peringkat bahagian.

“Kita mengharap juga mudah-mudahan beliau pindah ke parti lain yang lebih baik, mungkin dia boleh berjaya di sana, mana tahu. Dalam politik sesiapa boleh pergi mana-mana,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Aksyah mengumumkan keluar Bersatu dan menyokong GRS pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Aksyah, beliau menyokong Hajiji dan perjuangan GRS dalam mempertahankan hak serta kepentingan Sabah seperti termaktub dalam perlembagaan negeri.

Mengulas lanjut, Yunus yang juga ahli Majlis Tertinggi Bersatu turut menolak tindakan Aksyah sebagai sabotaj kerana perkara biasa bagi ahli politik mencari tempat yang ‘selesa’.

“Kalau ini dianggap sabotaj dan mengganggu Perikatan Nasional dalam PRN Sabah…saya rasa tidaklah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.