![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F709bdd49-california-wildfires-ap-120125-1.webp&w=3840&q=75)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan setakat ini, 14 pelajar Malaysia yang menuntut di University of California, Los Angeles (UCLA) berada dekat lokasi kebakaran hutan.
“Setakat hari ini, pelajar dalam keadaan baik dan akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.
“KPT bersama pejabat Konsulat Jeneral di Los Angeles juga bersetuju memberi bantuan dan melaksanakan pelan pengungsian jika perlu melalui penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai ‘shelter house’.
“Bagaimanapun, ketika ini, tiada arahan pengungsian dikeluarkan pihak UCLA kepada pelajar,” katanya dalam kenyataan.
KPT menasihatkan semua pelajar berhubung dengan Pejabat Education Malaysia Los Angeles menerusi talian +1-626-879-4923 atau melalui emla@mohe.gov.my.
Pada 8 Jan lepas, kebakaran hutan yang didorong angin ribut kuat dan keadaan kering, merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles. Sehingga kini, 11 maut dan ribuan rumah, perniagaan serta struktur lain terbakar.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram