HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Shahrol Shiro lapor Harith Iskander berkait jenaka ‘ham’

-

Ahli Umno itu membuat aduan terhadap pelawak dan seorang individu berkait hantaran kontroversi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Harith Iskander memuat naik jenaka mengenai ‘ham’ di media sosial, namun Shahrol Shiro mendakwa pelawak itu menghina kesucian Islam.

PETALING JAYA:
Selebriti Shahrol Azizie Azmi atau terkenal sebagai Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik pelawak, Harith Iskander.

Dalam laporan dikongsi dalam laman Facebook, Shahrol juga membuat aduan terhadap seorang individu dikenali Cecelia Yap Song KL.

“Harith & Cecelia, repot polis ON,” kata Shahrol yang juga ahli Umno dalam hantaran itu.

Dalam laporan dibuat di IPD Kluang, Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan, sambil mendakwa hantaran Harith dan komen Cecelia, menghina kesucian Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad.

Minggu lalu, dalam hantaran Facebook, Harith secara berseloroh menyatakan “iman tergugat” apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati “Ham Sap Kopi”.

Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.