
Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao berkata individu yang tercedera berusia antara 20 hingga 40 tahun dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.
“Semua mereka yang merupakan warga tempatan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang dengan tiada kecederaan serius dilaporkan.
“Mereka juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian petang ini mendapati pihak polis dan bomba serta petugas daripada Pejabat Kesihatan Klang berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor Nor Aziah Jaafar dilaporkan berkata elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen antara yang akan disiasat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan pula dilaporkan berkata siasatan awal pihaknya mendapati letupan terbabit berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang berkenaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram