HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Peniaga tak jadi naik caj perkhidmatan hari cuti CNY, kata menteri

-

Sebelum ini FMT melaporkan ada peniaga rancang mengenakan caj perkhidmatan 15% berbanding 10% pada hari cuti Tahun Baharu Cina.

0
Shares
Total Views: 799
Free Malaysia Today
Armizan Mohd Ali berkata peniaga terbabit setuju tidak naikkan caj perkhidmatan susulan pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Sebuah kopitiam menarik balik rancangannya untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 15% berbanding 10% kini, pada hari cuti Tahun Baharu Cina.

Bercakap kepada FMT, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata pihaknya melaksanakan pemeriksaan di premis di Puchong itu, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan syarikat terbabit mengatakan hanya membuat tinjauan awal bagi mendapatkan maklum balas awal sama ada pelanggan bersetuju atau sebaliknya.

“Pihak syarikat bersetuju untuk tidak menaikkan caj perkhidmatan dan akan membuat kenyataan melalui media sosial, ini bagi memaklumkan bahawa tidak akan ada kenaikan caj perkhidmatan sepanjang Tahun Baharu Cina.

“Notis Bertulis S.21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah diserahkan kepada syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk caj perkhidmatan berkenaan” katanya.

Semalam, FMT melaporkan persatuan restoran mengesahkan ada peniaga akan mengenakan caj perkhidmatan sehingga 15%, berbanding 10% kini, pada hari cuti Tahun Baharu Cina.

Menurut Presiden Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura Wong Teu Hoon, kenaikan caj itu sebagai ‘tip’ kepada pekerja yang sudi bekerja pada hari tersebut.

Hari cuti umum sempena Tahun Baharu Cina 2025 jatuh pada 29 dan 30 Jan.

Tindakan pengusaha premis yang meletakkan notis memaklumkan kenaikan caj perkhidmatan, kepada 15% daripada 10%, bagi pelanggan makan di premis pada hari pertama dan kedua Tahun Baharu Cina dikecam warganet.

Menurut gambar notis yang tersebar, caj itu tidak termasuk SST 6%.

Kebanyakan warganet mempersoal adakah kenaikan caj perkhidmatan itu sah dan dibenarkan kerajaan, terutama pada musim raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.