![Rubber tapper](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F62030c13-rubber-tapper-penoreh-getah-file-pic-240125.webp&w=3840&q=75)
Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berhubung keperluan revolusi teknologi dalam industri getah, Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech Mohd Hazim Nordin berkata semakin banyak peralatan canggih ada di pasaran yang memudahkan operasi.
Menurutnya, ia termasuk inovasi dikenali P2 Tap yang merevolusi penorehan getah dengan memaksimumkan hasil lateks, mengurangkan keperluan tenaga kerja dan embolehkan penorehan setiap masa tanpa mengira cuaca.
“Dengan automasi dan teknologi pintar, ia meningkatkan produktiviti sekali gus menjadikan sektor ini lebih menarik untuk generasi muda,” katanya dalam kenyataan.
Hazim berkata langkah menarik minat dengan menyediakan pelbagai teknologi canggih seperti P2 Tap juga mampu menjayakan hasrat kerajaan melahirkan usahawan pekebun kecil.
“Dengan mengurangkan beban kerja fizikal dan meningkatkan keuntungan, inovasi itu membuka ruang untuk pekebun kecil menjadi agripreneur berjaya.
![Alat P2 Tap getah](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F0f06d116-alat-p2-tap-getah-emel-pic-240125.webp&w=3840&q=75)
“Kami percaya pendekatan inovasi dan teknologi mampu mencetus minat dalam kalangan usahawan muda, selain membantu memodenkan industri getah secara keseluruhan,” katanya.
Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah baru-baru ini mahu revolusi teknologi dalam industri getah ditekankan untuk membantu pekebun kecil.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram