HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

MRCB, Melaka Corp meterai usaha sama bina hospital RM520 juta

-

Hospital itu akan ditempatkan di Melaka Tengah, dengan rancangan pengembangan lanjut menjadi hab penjagaan kesihatan dan gaya hidup.

0
Shares
Total Views: 1
new hospital
MRCB dan PM Multilink Sdn Bhd akan membina sebuah hospital di Melaka Tengah yang akan disewa kepada Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd.

PETALING JAYA:
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan PM Multilink Sdn Bhd (PMM) bekerjasama untuk membina sebuah hospital baharu di Melaka Tengah.

Kumpulan itu berkata unitnya, MRCB Land Sdn Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan PMM, anak syarikat Perbadanan Melaka untuk membentuk syarikat usaha sama baharu dinamakan Majestic Quest Sdn Bhd, yang menyaksikan MRCB memegang 70% kepentingan dan baki 30% oleh PMM.

MCRB dalam kenyataan semalam berkata, hospital dicadangkan itu akan disewakan kepada Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd.

MRCB berkata, hospital dicadangkan itu menawarkan akses sangat baik kerana berdekatan mercu tanda utama seperti Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka dan susur keluar tol Air Keroh.

Menurutnya, RM520 juta diperuntukkan untuk fasa pertama projek itu, yang akan merangkumi kemudahan pelbagai disiplin seperti perkhidmatan jantung dan ortopedik, 300 katil hospital dan 100 suite perunding.

“Fasa pembangunan Hospital Putra seterusnya akan memperkenalkan kemudahan pelengkap seperti hotel, kawasan runcit dan komersial, pusat pemulihan dan kesihatan, pusat penjagaan warga emas, asrama serta unit kediaman.”

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh yang juga pengerusi Perbadanan Melaka berkata, usaha sama itu cukup bersejarah buat Melaka untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan dan penjagaan kesihatan terulung.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim, berkata usaha sama itu mencerminkan komitmen MRCB untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan awam semakin meningkat, di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Melaka.

“Hospital Putra bukan saja akan menyediakan rawatan perubatan canggih, tetapi juga mencipta peluang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ekonomi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.