HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Buruh warga asing maut jatuh di tapak pembinaan

-

Bomba berkata mangsa jatuh dari ketinggian lapan meter di tapak pembinaan bangunan Perkeso di Meru Raya, Ipoh.

0
Shares
Total Views: 1
garisan kuning
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata buruh lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

IPOH:
Seorang pekerja binaan warga asing maut selepas terjatuh dari ketinggian lapan meter di tapak pembinaan bangunan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Meru Raya.

Lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang ke lokasi ketika operasi menyelamatkan dijalankan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.06 pagi.

Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba Meru Raya dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan dan kita melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (System Approach To Victim Entrapment Rescue) dengan mengarahkan anggota membuat pemeriksaan dan memberikan bantuan pernafasan CPR kepada mangsa.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia turut memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 10.45 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.