HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

4 disyaki pengedar dadah ditahan, polis rampas syabu RM180,000

-

Suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar Tawau, minggu lalu.

0
Shares
Total Views: 1
handcuff
Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata, semua suspek direman 14 hari hingga 3 Feb untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

PETALING JAYA:
Polis menahan empat lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 30,58.05 gram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM180,000 dalam dua serbuan berasingan sekitar Tawau, minggu lalu. .

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata serbuan pada 19 dan 20 Jan itu dilakukan susulan risikan dan maklumat awam.

Katanya, serbuan pertama kira-kira 5 petang di sebuah rumah tidak bernombor dekat Jalan Kuhara membawa kepada penahanan dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 31 dan 41 tahun.

“Pemeriksaan di rumah terbabit menjumpai dua paket plastik warna keemasan bertulis Guanyinwang mengandungi 2039.64 gram bahan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ditangkap dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini, menurut Berita Harian.

Katanya, susulan tangkapan itu, pihaknya berjaya menahana dua lagi ahli sindiket pengedaran dalam satu serbuan di Kilometer 60 Jalan Semporna-Tawau, kira 12.10 tengah malam.

Katanya, seorang suspek yang menaiki Perodua Bezza sebelum itu dilihat mencampakkan satu bungkusan dipercayai mengandungi dadah.

“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan plastik itu didalamnya terdapat satu paket lutsinar berselotep cerah didalamnya mengandungi satu paket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur jernih seberat 1,018.41 gram disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Suspek bersama rakannya yang menjadi pemandu untuk aktiviti pengedaran dadah ditangkap untuk tindakan lanjut.

“Semua suspek direman 14 hari hingga 3 Feb untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.