![jakim](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F09%2Ff1e210da-jakim-hq-front-desk-fmt-020924.webp&w=3840&q=75)
Parti itu menjelaskan perkongsian daripada akaun Facebook pihak lain berlaku secara tidak sengaja oleh salah seorang pentadbir platform media sosialnya, tanpa memaklumkan kepada pimpinan utama.
Katanya, pentadbir yang sudah lama bersara dari pejabat MCA Johor itu mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.
“Pentadbir itu juga telah pun dikeluarkan daripada memiliki akses Facebook MCA Johor dan kini ia dikendalikan oleh pentadbir baharu sahaja,” kata parti itu dalam kenyataan sambil menjelaskan hantaran kontroversi tersebut telah diturunkan.
“Sejujurnya kami di MCA Johor tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, jauh sekali menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama dan kaum di negara ini.”
Terdahulu, sayap Pemuda Umno dan PKR membidas tindakan MCA Johor yang cuba memainkan naratif jahat itu.
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, yang mempersoalkan niat hantaran itu meminta MCA Johor memohon maaf dalam tempoh 24 jam atau jika tiada tindakan, pihaknya akan membuat laporan polis.
“Kalau kamu nak marah sebab tak dapat tol percuma, itu kamu punya pasal tapi jangan sampai bantuan kepada umat Islam kamu nak pertikaikan.
“Tidak kira siapa kamu, jika dengan pemikiran sebegini, kami akan lawan habis-habisan,” katannya di Facebook.
Sementara itu, Bendahari Pemuda PKR Johor, Raju Krishnan, berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya naratif jahat dan tidak berasas terhadap keprihatinan kerajaan mengenai isu Palestin dan Islam.
“Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah jelas menunjukkan usaha memecahbelahkan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram