HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pemuda PAS gesa kerajaan Perak percepat kajian larangan jualan arak

-

Pemuda PAS sambut baik ‘lampu hijau’ diberikan kerajaan Perak kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kaji peraturan penjualan minuman keras di kawasan pentadbirannya.

4
Shares
Total Views: 578
ipoh
Kerajaan Perak hari ini memberi ‘lampu hijau’ kepada MBI terus kajian cadangan luaskan larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti dilaksanakan di Gugusan Manjoi. (Gambar fail)

PETALING JAYA:
Pemuda PAS menggesa kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempercepatkan proses kajian terhadap peraturan penjualan minuman keras di kawasan pentadbirannya, sambil menyambut baik ‘lampu hijau’ diberikan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Timbalan Ketua Mohd Hafez Sabri berkata pihaknya menyambut baik langkah itu bagi memastikan kesejahteraan masyarakat, mengurangkan kesan negatif alkohol serta memelihara keharmonian antara kaum dan agama.

“Pemuda PAS menyeru kerajaan Perak dapat mempercepatkan proses kajian itu dan menetapkan garis panduan lebih ketat terhadap penjualan serta pengiklanan arak khususnya di kawasan terbuka dan berdekatan kawasan sensitif seperti sekolah serta tempat ibadah,” katanya dalam kenyataan.

Hafez turut menegaskan kawalan penjualan arak bukanlah satu tindakan menafikan hak mana-mana kaum atau agama, sebaliknya melindungi kepentingan semua rakyat.

Mohd Hafez Sabri.
Mohd Hafez Sabri.

Media melaporkan Kerajaan Perak memberi ‘lampu hijau’ kepada MBI untuk meneruskan kajian cadangan meluaskan larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti yang sudah dilaksanakan di Gugusan Manjoi.

Saarani dipetik berkata setakat ini pihaknya telah mendapatkan maklum balas MBI mengenai syor sedang dalam peringkat kajian dan akan melalui proses serta prosedur jawatankuasa sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Sebelum ini, Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin dilaporkan berkata ada cadangan larangan penjualan arak dan minuman beralkohol diperluas ke kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam.

Buat masa ini, larangan sejak 2021 itu hanya dilaksanakan di Manjoi, bandar satelit di Ipoh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.