HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Rasuah mesin basuh, bekas pengarah agensi kerajaan Sabah ditahan

-

Suspek dipercayai minta pelbagai suapan antaranya telefon pintar, gitar elektrik, dan aksesori kereta daripada beberapa syarikat mendapat projek.

10
Shares
Total Views: 704
macc
SPRM Sabah menahan suspek berusia 50-an semalam ketika beliau hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

PETALING JAYA:
Bekas pengarah agensi kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki meminta dan menerima suapan hampir RM110,000.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun lalu dengan meminta rasuah daripada beberapa syarikat yang mendapat projek pembekalan dengan jabatan beliau bertugas.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada awal tahun lepas dan turut meminta rasuah untuk pegawai-pegawai di bawah seliaannya.

“Suspek juga disyaki menerima suapan dalam bentuk barangan seperti mesin basuh, komputer riba, tablet, telefon pintar, gitar elektrik, peralatan gim, aksesori kereta, dan pembayaran untuk pembelian motosikal,” menurut sumber itu dipetik Bernama.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil dan pihaknya telah menyita semua barangan terlibat dalam kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.