
Tertuduh, Rosidi Muhamed, 37, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan jenayah terhadap seorang penjawat awam berpangkat koperal berusia 38 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Jan bertempat di Mahkamah Majistret Kemaman, kira-kira 12.45 tengah hari, lapor Berita Harian.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi bersama Pegawai Pendakwa Muhammad Afif Mohd Amin, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram