![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2Fc962d617-tanah-runtuh-miri-jbpmpic-290125.webp&w=3840&q=75)
Jurucakap Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan sekitar 2.58 pagi yang memaklumkan kejadian terbabit.
Menurutnya, dua jentera dengan kekuatan 15 anggota telah digegaskan dan tiba lima minit kemudian di lokasi kejadian.
“Mangsa pertama seorang lelaki dewasa yang bagaimanapun selamat manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
“Mereka yang hilang dipercayai tertimbus ialah dua perempuan dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya menurut Berita Harian.
Setakat ini, usaha mengeluarkan mangsa yang dipercayai tertimbus terbabit masih giat dijalankan.
Semalam, media melaporkan seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di kampung itu diarah berpindah apabila runtuhan tebing Bukit Kanada, menjejaskan kediaman mereka.
Kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.
Pada 16 Jan 2009, kejadian tanah runtuh pernah berlaku di kampung itu, mengorbankan dua pekerja stesen minyak yang tertimbus.
Kejadian itu turut meranapkan stesen minyak terbabit.
Pada 23 Jan 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berdekatan sehingga memaksa 16 penghuni rumah meninggalkan kediaman mereka.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram