HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Gempa lemah dikesan di Ranau

-

Gempa bumi bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Sabah petang tadi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran di Ranau petang tadi mengisi suatu borang soal selidik. (Gambar MET Malaysia)

KUALA LUMPUR:
Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut catatan di Facebook.

MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan dan pemantauan sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima dan pihak kami sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.