![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2Ff3cc3997-dominic-lau-fmt-290125.webp&w=3840&q=75)
Lau turut mempersoalkan asas bagi parti baharu itu mengetuai jentera komponen itu di Pulau Pinang terutama dalam usaha mereka menawannya daripada Pakatan Harapan )PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Tanya dialah apa asas nak ambil alih kerana kita dah berada di Pulau Pinang lama. Gerakan sendiri ditubuhkan selama 58 tahun, kita ketua menteri (Pulau Pinang) selama 39 tahun, bukan tiga tahun…jadi asas kita ada disana.
“Apa sahaja khabar angin datang (mengenai MIPP nak ketuai Pulau Pinang) namun kalau tak ada kepastian juga tak boleh (terjadi) kerana kita (Gerakan) dah ada di sana,” katanya kepada media.
Beliau ditemui pada rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan yang turut dihadiri Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.
Pada 26 Jan lalu, Presiden MIPP P Punithan berkata partinya bersedia memimpin PN di Pulau Pinang sambil menambah terbuka mengadakan perbincangan bersama pemimpin gabungan.
Kenyataan beliau menyusul laporan FMT memetik sumber yang PN mengalihkan fokusnya di Pulau Pinang kepada pengundi Melayu dan India untuk memenangi majoriti tipis kerusi pada PRN akan datang.
Sumber itu mengakui PN bergelut untuk meraih undi Cina di negeri itu – seperti dibuktikan oleh prestasinya pada PRU15 dan PRN 2023, apabila komponen berbilang kaumnya, Gerakan gagal memperoleh sokongan pengundi Cina.
Langkah itu kata sumber turut diambil selepas mendapati ada perubahan ketara sokongan dalam kalangan masyarakat India Pulau Pinang, khususnya pada PRK Sungai Bakap Julai tahun lalu.
Berhubung perkara berasingan, Lau berkata Gerakan berhasrat bertanding dua kerusi pada PRN Sabah dan telah mengenal pasti calon bakal diletakkan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram