HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kanak-kanak jatuh longkang ditemui lemas

-

Polis berkata mayat kanak-kanak itu ditemui terapung ketika pasukan penyelamat menyusuri Sungai Johor.

0
Shares
Total Views: 1
bomba cari budak
Anggota bomba melakukan operasi mencari kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang semasa mahu mengambil seliparnya ketika hujan lebat pada Isnin lalu. (Gambar PDRM)

KOTA TINGGI:
Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air deras di Taman Kota Jaya, Isnin lepas, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi.

Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui lengkap berpakaian dan terapung di permukaan air ketika pencarian diteruskan dengan menyusuri Sungai Johor, pada 10.20 pagi.

Beliau berkata waris kanak-kanak itu mengesahkan mayat yang dijumpai adalah ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lepas, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam longkang semasa mahu mengambil seliparnya ketika hujan lebat dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.