HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

KDN pendek tempoh pasangan warganegara mohon taraf PR

-

Pasangan kepada warganegara hanya perlu menunggu tiga tahun tempoh perkahwinan untuk layak memohon permit masuk.

18
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
KDN dalam kenyataan berkata pasangan berkenaan juga perlu memegang pas lawatan sosial jangka panjang selama sekurang-kurangnya satu tahun.

PUTRAJAYA:
Pasangan kepada warganegara kini hanya perlu menunggu tiga tahun tempoh perkahwinan untuk memohon permit masuk bagi mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR), berbanding syarat lima tahun sebelum ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan berkata pasangan berkenaan juga perlu memegang pas lawatan sosial jangka panjang selama sekurang-kurangnya satu tahun.

Katanya, perubahan syarat itu sebahagian daripada tiga penambahbaikan yang bertujuan memastikan proses permohonan lebih teratur dan relevan dengan institusi kekeluargaan.

Tambah KDN, bagi mempercepatkan prosedur dan memberi kepastian kepada pemohon, piagam pelanggan juga diperkemaskan dengan menetapkan tempoh pemprosesan permohonan baharu kepada enam bulan.

“KDN juga akan mengecualikan pelaksanaan sistem mata bagi kategori pasangan warganegara, sebaliknya faktor seperti tempoh perkahwinan dan bilangan anak diambil kira dalam mempertimbangkan kelulusan bagi memelihara kebajikan keluarga yang sah dan tulen,” katanya.

KDN berkata pelaksanaan inisiatif tersebut akan bermula selewat-lewatnya pada 31 Sept ini.

“Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen KDN dalam mendukung institusi kekeluargaan, seiring dengan aspirasi kerajaan Madani yang menitikberatkan belas ihsan dan pemberdayaan kemanusiaan.

“Dengan langkah-langkah ini, KDN yakin ia akan dapat meningkatkan kepercayaan terhadap sistem permohonan permit masuk dan memberikan manfaat kepada semua pihak berkepentingan” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.