HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Keadaan semasa tidak memihak kepada Gerakan, MIPP pertahan cadangan

-

Presiden P Punithan pertahan cadangan partinya mengetuai PN di Pulau Pinang.

4
Shares
Total Views: 469
P Punithan
Presiden MIPP P Punithan berharap Gerakan memahami situasi semasa di Pulau Pinang. (Gambar fail)

PETALING JAYA:
Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mempertahankan cadangan parti itu mengetuai Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, berdasarkan keadaan semasa yang tidak memihak kepada Gerakan.

Menegaskan ia tidak merendahkan Gerakan dan sumbangannya, Presiden P Punithan berkata Gerakan tidak mungkin dapat memenangi Pulau Pinang kerana sokongan kuat komuniti Cina kepada DAP.

“Matlamat akhir kami ialah memastikan PN menang di Pulau Pinang. Perkara ini wajar dibincangkan dalam majlis tertinggi PN serta dalam kalangan presiden parti-parti PN,” menurut kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Dominic Lau, yang menolak kesediaan MIPP untuk mengetuai PN di Pulau Pinang, kerana partinya lebih berpengalaman serta pernah mentadbir negeri itu selama 39 tahun.

Lau juga mempersoalkan asas bagi MIPP mengetuai jentera komponen itu di Pulau Pinang.

Punithan berharap Gerakan memahami situasi di Pulau Pinang. “Strategi dengan kebarangkalian tinggi dan berpotensi ialah Melayu dan India tanpa mengetepikan sokongan masyarakat Cina.”

Beliau juga percaya kepimpinan PAS dan Bersatu mampu menilai hujah ini dengan lebih menyeluruh dan teliti sekiranya ia dibincangkan.

Sebelum ini, sumber memberitahu FMT bahawa PN mengalihkan fokus kepada pengundi Melayu dan India di Pulau Pinang untuk memenangi majoriti tipis kerusi pada pilihan raya akan datang.

Bagi menarik undi kaum India, sumber PN berkata, gabungan itu sedang melihat kemungkinan mengangkat ahli India ke jawatan kepimpinan negeri.

Antara cadangan sedang dipertimbangkan ialah memilih seorang pemimpin India sebagai ‘poster boy’ untuk pilihan raya akan datang, namun cadangan ini masih di ‘peringkat sangat awal’ perbincangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.