HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mada cadang kerajaan tetap harga padi ikut pasaran beras

-

Pengerusi Mada Ismail Salleh berkata cadangan jangka pendek itu bagi bantu bela kebajikan pesawah dalam aspek harga lantai belian padi.

12
Shares
Total Views: 2,521
sawah padi
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan metrik daripada RM1,200.

PETALING JAYA:
Tetap harga padi ikut pasaran semasa beras bagi membela kebajikan pesawah.

Itu antara cadangan dikemukakan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menyelesaikan isu dibangkitkan segelintir pesawah pada perhimpunan di Putrajaya, Isnin lalu.

Pengerusinya Ismail Salleh berkata menerusi rancangan jangka pendek itu, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan harga padi berdasarkan dua musim pengeluaran tanaman.

Free Malaysia Today
Ismail Salleh.

“Perlu ikut harga semasa beras putih di pasaran di mana setahun ada dua musim padi, jadi tetapkan harga beras putih tempatan dua kali setahun ikut harga pasaran,” katanya kepada FMT.

Menurut Ismail, MADA turut mencadangkan rancangan jangka panjang untuk menaikkan harga lantai belian pada yang kini ditetapkan pada kadar RM1,300 per tan metrik.

“Bagi jangka panjang, kerajaan teruskan harga padi ikut harga pasaran semasa dan kurangkan kos di semua rantaian tanaman padi serta fokus tingkatkan hasil.

“Menerusi langkah itu wajar harga padi pada kadar RM1,800 per tan metrik manakala harga lantainya RM1,500,” katanya.

Isnin lalu, sekumpulan ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) berhimpun secara aman di depan Wisma Tani bagi menuntut harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 per tan metrik berbanding RM1,300 kini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan daripada RM1,200.

Anwar berkata keputusan itu dibuat mengambil kira rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per metrik tan sejak 2014.

Pesawah turut membantah Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Khalid Abdul Samad pula berpendapat usaha menambah pendapatan petani dan pesawah boleh dilakukan dengan memperluaskan kaedah penanaman mampu meningkatkan hasil tanaman.

Beliau memberi contoh Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang wajar diperluaskan ke seluruh negara.

“Projek perintisnya berjaya hasil tuaian memberangsangkan.

“Inilah peranan agensi seperti Kada dalam membantu petani meningkatkan hasil sambil membantu menambah pendapatan melalui inisiatif tambahan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.