HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Malaysia bina sekolah, hospital dan masjid di Gaza, kata Anwar

-

Perdana menteri berkata Malaysia akan membantu membangunkan semula Gaza melalui kolaborasi antara rakyat dan sektor swasta.

0
Shares
Total Views: 1
Lebanon Israel
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha pembangunan semula Gaza juga melibatkan kerjasama antara Jepun dan Malaysia melalui program Asia Timur. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR:
Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza di Palestin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi rakaman video.

Anwar berkata usaha pembangunan semula Gaza ini juga melibatkan kerjasama antara kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Pada 18 Jan lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Okt 2023, dijangka menelan kos lebih USD1 trilion.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

Menurut Anwar, Jepun mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), yang memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.