HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mangsa banjir di Sarawak, Sabah tingkat mendadak

-

Mangsa dipindahkan ke PPS di Sarawak dan Sabah meningkat mendadak kepada 4,000 orang.

0
Shares
Total Views: 612
Free Malaysia Today
Daerah Serian, Sarawak dan Kota Marudu, Sabah mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah meningkat mendadak malam ini, kepada 4,000 orang berbanding 1,250 orang pagi tadi.

Di Sarawak, seramai 2,981 mangsa daripada 862 keluarga berlindung di 36 PPS, lapor Bernama.

Daerah Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,406 orang daripada 453 keluarga yang berlindung di 15 PPS, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menyebabkan 105 orang daripada 25 keluarga berlindung di satu PPS.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,019 orang daripada 291 keluarga, berbanding 224 mangsa daripada 66 keluarga pagi tadi.

Kota Marudu mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 673 orang daripada 194 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dilapor berkata tiga PPS baharu dibuka di Kota Marudu, dan jumlah mangsa dijangka bertambah melebihi 1,000 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.